Posts

Showing posts from 2019

deep inside

Cinta? Masih adakah lagi ruang didalam hati ku ini untuk kalimah itu, Mampukah aku untuk memberi peluang dan menerima peluang. Cinta? Sejauh manakah seseorang mampu berkorban untuk cinta mu. Adakah hanya sekadar ucapan pagi atau kata kata indah? Ataupun, hanya sekadar melepaskan bosan mu. Kau berjanji untuk ada disisi ku, Kau berjanji untuk sentiasa bersama ku, Namun, belum sempat aku memberi peluang engkau telah menghilang . Jadi sejauh mana yang mampu untuk ku berikan hati ini?

Aku lupa

Aku lupa, Betapa sakitnya hati ku kerna menyanyangi, Aku lupa, Betapa hebatnya ujian Allah ni. Acap kali aku terduduk diam, Acap kali aku termenung , akan apa jalan yg harus aku lakukan. Namun, Aku lupa bahawa kuasa Allah itu luas. Aku lupa bahawa tiada upaya melainkan Allah, Aku lupa bahawa kalimat kun fayakun. Ya Allah, jangan biar aku terus hanyut. Andai dalam dunia ini tiada yang sanggup berada disisi aku, aku yakin Engkau tidak pernah meninggalkan aku keseorangan.

broken piece

Hati ini umpama kaca, Dan kalau ia pecah ia takkan kembali seperti sediakala walaupun engkau mengutip setiap satupecahan itu dan menyantumkan semua. Benda yang telah menjadi serpihan tidak akan kembali seperti sediakala. Hati ini turut umpama puzzle . Kurang satu serpihan   maka tidak lengkap menjadi satu gambar. Oleh itu,   jangan sesekali memainkan hati seseorang yang setia. Kerna pabila dia telah setia sampai akhirnya   dia tetap akan menunggu. Walaupun , berkali-kali dia   dilukai ia tetap menahan. Tetapi , pabila suatu saat dia bangkit dan berjalan. Maka dengan itu sedarlah tiada lagi namanya yang masih terukir dihati ini. Trauma dan kecewa adalah salah satu kesan dari kelukaan itu, hatta, dengan mendengar nama yang sama itu sahaja telah mengubah segala kerisauan di hatinya. Malah, dengan nama itu sahaja mampu membuatkan diri ini ketakutan. Walaupun ia telah berjalan selangkah demi selangkah. Namun, Persoalannya, adakah kesakitan itu akan hilang?...

promise

Perjanjian adalah satu kata yang memberi makna yang tertinggi. ikatan yang terikat dan tidak terlerai melainkan ia terlaksana. Perjanjian adalah satu ikatan kata diantara kedua-dua pihak mahupun lebih. oleh itu, sekiranya perjanjian telah terungkap maka harus kita turuti atau laksanakan. waktu  tidak sama sekali menjadi satu syarat. Lambat mahupun Cepat bukan menjadi keutamaan.malah, harus ditunaikan ataupun tidak sahaja. Namun, berapa ramai yang betul-betul mengerti dan memahaminya? Perjanjian, kadang ia boleh menyakiti, kadang ia boleh menjadi suatu kebahagian. Perjanjian yang terikat tanpa kerelaan hati adalah suatu yang menyakitkan. kerna ia terungkap disebabkan ego dan amarah . Namun, bolehkah perjanjian ini ditarik semula? sejauh mana ia akan mengikat hati kedua-dua pihak. sejauh mana ia turut melukakan kedua-duanya. Adakah perjanjian ini boleh terhapus dengan air mata? atau bolehkan ia hilang disebabkan waktu? Janji akan tetap menjadi janji, sejauh mana keingi...

break heart

" ia berlaku lagi"  "ala.. macam tak biasa, nanti cari lain" "....." some of the words up there really kill inside of someone. nampak sangat yang macam mereka ini tidak mengerti apa itu sakit. oleh itu, kata-kata  tersebut boleh mengubah persepsi sesetengah mereka yang mengalami. Malah, kemungkinan diantara mereka boleh tertekan ataupun trauma. hal ini berlaku atas judgement sesetengah masyarakat. cuba kita lihat dari sudut yang lain.  tidak mereka pinta masalah ini berlaku. malah tidak dari mereka berharap akan perpisahan ini. Dengan itu, jika tidak mampu memberi kata-kata, seeloknya berdiam seketika agar tidak ada hati yang makin terluka. buat mereka yang terluka, tidak mengapa untuk merasa sedih dan menangis. tidak mengapa untuk merasa marah dan benci. tapi jangan terlalu lama. kerna Allah telah menyelamatkan kamu dari orang yang tidak layak buat kamu. ambik masa untuk bernafas. maafkan diri sendiri atas semua yang berlaku. ter...

Terindah

Image
[CINTA]  Ketika kamu menyayangi seseorang tanpa syarat, tanpa sebab. Kamu akan mula memahami kasih sayang Allah kepada kamu tanpa syarat. Habib Ali Al Jufri Kata-kata diatas memberi begitu banyak kesan dalam diriku.  Diri ini pernah menyayangi seseorg tanpa syarat namun lupa untuk istiqomah menyayangi Allah melebih segalanya.  Maka dengan keangkuhan aku terhadap cinta telah membutakan mata keimanan ku, lalu Allah turunkan ujian yang berat bagiku . Iaitu, Allah menarik segalanya yang pada asal aku begitu bongkak menyatakan semuanya milik ku.  Selepas itu baru diri ini sedar bahawa cinta seharusnya tidak melebihi kasih kita pada Allah.  Ya Allah, aku serahkan segalanya pada Mu. Pertemukan aku dengan seseorang yang meletekkan kamu dihadapan dahulu.  Aamiin ya rabb.

cerita

cerita ,  andai bisa aku lakarkan sebuah penceritaan dengan gambaran pasti aku lakukan. betapa indahnya penceritaan ku kini,  betapa nikmatnya kemanisan selepas bertahan dan berjuang. cerita ku mempunyai ribuan pelakon, ribuan dialog dan ribuan episod. kerna itu, aku yakin setiap ujian dan dugaan yang harus aku lalui ada nikmat hikmah nya. aku pernah merasa sakit, kecewa, terluka dan aku turut merasa tenang, gembira dan bahagia. kerna pabila kita kembalikan segalanya pada Pencipta kita, kini, aku bersedia akan apa sahaja ujian yang bakal melanda kelak aku akan tetapkan kepercayaan ku pada Nya,  kerna aku hanyalah pelakon diatas pentas bumiNya dan didalam cerita ciptaanNya.

its happend

subahanAllah, Allahuakbar, Allahuakbar, tak sangka, ia betul-betul berlaku. ya Allah, adakah ini jwpn supaya  aku harus terus yakin padaMu. ya Allah, terima kasih.. aku gembira, walaupun orang lain hanya menyatakan ia kecil.

miracle

once upon a time, a young and poor girl had a such full of miserable life. this young girl never expect more and never wish for a miracle. for her, miracle never exist. since a kid this young girl stop to wish. and just keep move foward and keep live. while, all from her age always  have a wish. All from her age have a dream that they need to fulfill. she always stuck what she needs to do or what she should to go.One day, something unexpected and incridible was happend for the first time in her life. Which is, she didn't know whether it something nice or bad thing. This young girl fate is to marry such a handsome boy. whether she don't know how to react it. for her, should or not it will never be choice to her. she just need follow the flow. The Questions is will this young girl will be happy? as a miracle happend?

gadis

setiap yang bernafas didunia ini akan mengalami satu perubahan. perubahan dalam pemikiran, perubahan dalam pembesaran, ada pun dalam menjalani kehidupan harian. setiap dari kita akan merasa sakitnya perubahan atau betapa nikmatnya perubahan. begitu juga dengan seorang gadis ini. hidupnya berubah dari hari ke hari, minggu ke minggu atau bulan ke bulan. tiada satu dalam hidupnya happy ending kadang gadis ini tertanya, apa lagi yang dia tidak lakukan, apa lagi yang da tidak ubahkan. demi kebahagiaan dan kesenangan orang lain, dia musnahkan apa yang dia ada. saban hari, air mata nya seringkali jatuh. sabn hari, dadanya seringkali merasa pedih. gadis ini belajar untuk redha. belajar untuk terima hakikat. Namun ujian yang dialami sangat berat. sampai satu saat, gadis ini turut keliru apa yang dia ingin lakukan? berhakkah dia untuk melangkah satu impian? untuk apa dia merancang seandainya rancangan dia seringkali ditolak. maka dengan itu, gadis ini berhenti untuk berubah ...

terimalah

Terimalah.. satu perkataan yang mempunyai begitu banyak makna. apa makna   terimalah  bagi diriku? dirimu? adakah satu perkataan yang tidak memberi kesan pada diriku? atau adakah perkataan yang memberi sebegitu banyak impak? Terimalah  aku dari soal peribadi dan akhlak ku, Terimalah  aku dari soal kecantikanku, Terimalah aku dari soal kebijaksanaan aku, Terimalah  aku dari soal kekurangan dan kelebihan aku. jadi sahabat, keluarga,dan bakal cinta hati. terima aku dengan apa ada pada diriku. aku bukan sesiapa ,hatta bukan artis, pelakon, penyanyi dan srikandri. Aku hanya ordinary girl yang sedang membina kekuatan untuk jalani kehidupan yang banyak liku-liku. aku banyak melakukan kesilapan yang langit, bintang,bulan, matahari serta pohon-pohon menjadi saksi setiap perilauan iatu. jadi jangan sesekali menganggap aku ni sempurna dan suci. kerna aku tidak begitu. aku hanyalah hamba Allah , Umat Muhammad SAW yang masih mencari rahmat Allah. yang...

Hold me

Image
Friendship isn't about who you've known the longest . It's about who walked into your life , said I'm here for you and proved it . 💙 Dear friends hold me and never let me go.  Dont let me go through by myself . Im scared if im not strong enough 

past or future

masa silam terbina kerna kesilapan masa depan terbentang dengan harapan dan usaha. persoalannya, adakah kita bersedia untuk hadapi masa depan? maka berjalan dengan perlahan dan istiqomah agar kesilapan tidak berulang lagi. " hisablah diri kamu, sebelum kamu dihisabkan"                                         -saidina umar para sahabat turut menyatakan bahawa perbaikilah diri kita tatkala kita melangkah menuju matlamat dan impian yang satu. jadi setiap masa silam kita akan membentuk masa depan yang lebih baik. " jadilah hari ini lebih baik dari semalam" kata-kata mutiara ini sudah jelas dan nyata bahawa saban hari kita harus perbaiki dan jadi yang lebih baik dari hari sebelumnya.

kenali huruf hijaiyah

Image
Assalamualaikum. ayuh kita pempelajari asas membaca huruf-huruf hijaiyah. memudahkan sesi pembelajaran. saya kongsikan sedikit nota dibawah. Huruf hijaiya ا ب ت ث ج ح خ د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ع غ ف ق ك ل م ن و ه لا ء ي apabila huruf-huruf diatas bergabung ia berubah bentuk bergantung pada tiga keadaan. 

Derhakakah aku?

tiada kata yang terkeluar, tiada suara yang terdengar, hanya pandangan mata yang terlihat. derhakakah aku, mendiamkan diri adalah jalan yang terbaik menyimpan segala rasa yang dialami . namun, masih derhakakh aku?

Adakah Itu milikku

Adakah layak digelar  kehidupan sekiranya ia dicorakkan oleh pihak yang lain. Apakah erti kehidupan yang sebenar? Adakah ia merupakan kegembiraan ataupon kesedihan ataupon kebebasan. Sejujurnya apa makna kehidupan buat diriku? Impian, matlamat yang ingin aku kecapi  menjadi batasan kerna aku tidak mampu mencorakkan kehidupan ku sendiri. its just how i cant create my own life and keeps depends on other. did i be burden to other?  why i need to live in this miserable life? its not that i love to live like this but i dont even had a chance to do it.  keinginan aku melebihi segalanya. impian aku sebesar langit yang terbentang luas.  aku hanya ingin diberi ruang dan peluang untuk terbang bebas seperti burung-burung. aku ingin diberi peluang seperti ikan-ikan yang berenang tanpa ada sekatan. aku berharap kehidupan ku jua sebebas itu.  mampukah aku?