break heart
" ia berlaku lagi"
"ala.. macam tak biasa, nanti cari lain"
"....."
some of the words up there really kill inside of someone.
nampak sangat yang macam mereka ini tidak mengerti apa itu sakit.
oleh itu, kata-kata tersebut boleh mengubah persepsi sesetengah mereka yang mengalami. Malah, kemungkinan diantara mereka boleh tertekan ataupun trauma.
hal ini berlaku atas judgement sesetengah masyarakat. cuba kita lihat dari sudut yang lain.
tidak mereka pinta masalah ini berlaku. malah tidak dari mereka berharap akan perpisahan ini.
Dengan itu, jika tidak mampu memberi kata-kata, seeloknya berdiam seketika agar tidak ada hati yang makin terluka.
buat mereka yang terluka, tidak mengapa untuk merasa sedih dan menangis. tidak mengapa untuk merasa marah dan benci. tapi jangan terlalu lama. kerna Allah telah menyelamatkan kamu dari orang yang tidak layak buat kamu. ambik masa untuk bernafas. maafkan diri sendiri atas semua yang berlaku. teruskan kehidupan dan bangkit dengan berkata "Allah sebaik-baik perancang"
proses penyembuhan bergantung pada tahap kekuatan fizikal dan emosi kamu. ada yang mampu sembuh dalam masa yang singkat namun ada yang mengambil masa yang lama. kerna itu, tidak mengapa sekiranya kamu mengambil masa yang lama kerna yang penting usaha kamu untuk bangkit.
Comments
Post a Comment