Posts

Showing posts from July, 2019

promise

Perjanjian adalah satu kata yang memberi makna yang tertinggi. ikatan yang terikat dan tidak terlerai melainkan ia terlaksana. Perjanjian adalah satu ikatan kata diantara kedua-dua pihak mahupun lebih. oleh itu, sekiranya perjanjian telah terungkap maka harus kita turuti atau laksanakan. waktu  tidak sama sekali menjadi satu syarat. Lambat mahupun Cepat bukan menjadi keutamaan.malah, harus ditunaikan ataupun tidak sahaja. Namun, berapa ramai yang betul-betul mengerti dan memahaminya? Perjanjian, kadang ia boleh menyakiti, kadang ia boleh menjadi suatu kebahagian. Perjanjian yang terikat tanpa kerelaan hati adalah suatu yang menyakitkan. kerna ia terungkap disebabkan ego dan amarah . Namun, bolehkah perjanjian ini ditarik semula? sejauh mana ia akan mengikat hati kedua-dua pihak. sejauh mana ia turut melukakan kedua-duanya. Adakah perjanjian ini boleh terhapus dengan air mata? atau bolehkan ia hilang disebabkan waktu? Janji akan tetap menjadi janji, sejauh mana keingi...

break heart

" ia berlaku lagi"  "ala.. macam tak biasa, nanti cari lain" "....." some of the words up there really kill inside of someone. nampak sangat yang macam mereka ini tidak mengerti apa itu sakit. oleh itu, kata-kata  tersebut boleh mengubah persepsi sesetengah mereka yang mengalami. Malah, kemungkinan diantara mereka boleh tertekan ataupun trauma. hal ini berlaku atas judgement sesetengah masyarakat. cuba kita lihat dari sudut yang lain.  tidak mereka pinta masalah ini berlaku. malah tidak dari mereka berharap akan perpisahan ini. Dengan itu, jika tidak mampu memberi kata-kata, seeloknya berdiam seketika agar tidak ada hati yang makin terluka. buat mereka yang terluka, tidak mengapa untuk merasa sedih dan menangis. tidak mengapa untuk merasa marah dan benci. tapi jangan terlalu lama. kerna Allah telah menyelamatkan kamu dari orang yang tidak layak buat kamu. ambik masa untuk bernafas. maafkan diri sendiri atas semua yang berlaku. ter...

Terindah

Image
[CINTA]  Ketika kamu menyayangi seseorang tanpa syarat, tanpa sebab. Kamu akan mula memahami kasih sayang Allah kepada kamu tanpa syarat. Habib Ali Al Jufri Kata-kata diatas memberi begitu banyak kesan dalam diriku.  Diri ini pernah menyayangi seseorg tanpa syarat namun lupa untuk istiqomah menyayangi Allah melebih segalanya.  Maka dengan keangkuhan aku terhadap cinta telah membutakan mata keimanan ku, lalu Allah turunkan ujian yang berat bagiku . Iaitu, Allah menarik segalanya yang pada asal aku begitu bongkak menyatakan semuanya milik ku.  Selepas itu baru diri ini sedar bahawa cinta seharusnya tidak melebihi kasih kita pada Allah.  Ya Allah, aku serahkan segalanya pada Mu. Pertemukan aku dengan seseorang yang meletekkan kamu dihadapan dahulu.  Aamiin ya rabb.

cerita

cerita ,  andai bisa aku lakarkan sebuah penceritaan dengan gambaran pasti aku lakukan. betapa indahnya penceritaan ku kini,  betapa nikmatnya kemanisan selepas bertahan dan berjuang. cerita ku mempunyai ribuan pelakon, ribuan dialog dan ribuan episod. kerna itu, aku yakin setiap ujian dan dugaan yang harus aku lalui ada nikmat hikmah nya. aku pernah merasa sakit, kecewa, terluka dan aku turut merasa tenang, gembira dan bahagia. kerna pabila kita kembalikan segalanya pada Pencipta kita, kini, aku bersedia akan apa sahaja ujian yang bakal melanda kelak aku akan tetapkan kepercayaan ku pada Nya,  kerna aku hanyalah pelakon diatas pentas bumiNya dan didalam cerita ciptaanNya.