Terindah
[CINTA]
Ketika kamu menyayangi seseorang tanpa syarat, tanpa sebab.
Kamu akan mula memahami kasih sayang Allah kepada kamu tanpa syarat.
Habib Ali Al Jufri
Kata-kata diatas memberi begitu banyak kesan dalam diriku.
Diri ini pernah menyayangi seseorg tanpa syarat namun lupa untuk istiqomah menyayangi Allah melebih segalanya.
Maka dengan keangkuhan aku terhadap cinta telah membutakan mata keimanan ku, lalu Allah turunkan ujian yang berat bagiku . Iaitu, Allah menarik segalanya yang pada asal aku begitu bongkak menyatakan semuanya milik ku.
Selepas itu baru diri ini sedar bahawa cinta seharusnya tidak melebihi kasih kita pada Allah.
Ya Allah, aku serahkan segalanya pada Mu. Pertemukan aku dengan seseorang yang meletekkan kamu dihadapan dahulu.

Comments
Post a Comment