gadis

setiap yang bernafas didunia ini akan mengalami satu perubahan.
perubahan dalam pemikiran, perubahan dalam pembesaran, ada pun dalam menjalani kehidupan harian.

setiap dari kita akan merasa sakitnya perubahan atau betapa nikmatnya perubahan.

begitu juga dengan seorang gadis ini.
hidupnya berubah dari hari ke hari, minggu ke minggu atau bulan ke bulan.
tiada satu dalam hidupnya happy ending

kadang gadis ini tertanya,
apa lagi yang dia tidak lakukan, apa lagi yang da tidak ubahkan.
demi kebahagiaan dan kesenangan orang lain, dia musnahkan apa yang dia ada.
saban hari, air mata nya seringkali jatuh.
sabn hari, dadanya seringkali merasa pedih.


gadis ini belajar untuk redha.
belajar untuk terima hakikat. Namun ujian yang dialami sangat berat.
sampai satu saat, gadis ini turut keliru apa yang dia ingin lakukan?
berhakkah dia untuk melangkah satu impian?
untuk apa dia merancang seandainya rancangan dia seringkali ditolak.
maka dengan itu, gadis ini berhenti untuk berubah dan terus berada dalam keadaan begitu.
dengan pelbagai persoalan yang timbul, ujian yang mendatang.
gadis ini memilih untuk follow the flow.

Comments