broken piece
Hati ini umpama kaca,
Dan kalau ia pecah ia takkan kembali seperti sediakala
walaupun engkau mengutip setiap satupecahan itu dan menyantumkan semua. Benda
yang telah menjadi serpihan tidak akan kembali seperti sediakala.
Hati ini turut umpama puzzle .
Kurang satu serpihan maka tidak lengkap menjadi satu gambar.
Oleh itu, jangan
sesekali memainkan hati seseorang yang setia. Kerna pabila dia telah setia
sampai akhirnya dia tetap akan menunggu.
Walaupun , berkali-kali dia dilukai ia
tetap menahan. Tetapi , pabila suatu saat dia bangkit dan berjalan. Maka dengan
itu sedarlah tiada lagi namanya yang masih terukir dihati ini.
Trauma dan kecewa adalah salah satu kesan dari kelukaan itu,
hatta, dengan mendengar nama yang sama itu sahaja telah mengubah segala
kerisauan di hatinya. Malah, dengan nama itu sahaja mampu membuatkan diri ini
ketakutan.
Walaupun ia telah berjalan selangkah demi selangkah. Namun,
Persoalannya, adakah kesakitan itu akan hilang?
Comments
Post a Comment